Wednesday, November 24, 2010

oLLLLLLiiiiiiiiiiiiiiiidaYYYYYYYYYYYYYYY

cuti ????????????????? wah, tue lh ari yg sgt2 aq nantikn, tpi bla dah cuti rndu plak mau p kuliah... wakakakkaa... cam ndak percaya plak bha... tpi cam kilik2 gak lah, smgt mau blek umah, tpi dah smpai umah, bengong2 ndak tau mau wat pa... pdahal cuti sebulan lbh lagi... aiya, matiii lah beta keburingan.... emmmm,,,, mr. blog, help me please !!!!! owh ya, byk gak movie2 best mau d tgk, tpi tamabh rosak lah mata yg indah ini berhadapn ngan tb n laptop sak, naaaaaaa, lagi membahayakn kecihatan ku.... adei, buntu buntu !!!!! mr. blog, beta tinggalkn anda dahulu ya smbil2 tue TOLONG lah pikir2 kan benda tau hal2 yg baek yg leh beta lakukan tuk memenuhi masa lapang beta nie, jan bgi cadangan yg merapu2 sudahlah yaaaaaaaa... k mr. blog, t kita chating2 lagi k... got to go now... daaaaaa mr. blog.... tke cre : D

Saturday, November 13, 2010

got fever again n again........ :(

huhuhuhuhuhhuhuhuuhu.... ndak sukaknyaaaaaaaa... sobsobsob... paning kapala, idung tersumbat, bdan pnas... heiy, ndak bestnyaaaaa.... mkn ubat tido jak blek2... lagilah wat stress... ndak mkn ubat sakit ndak pndai lari... dei, matiiii lah jugak lau g nie trus... mau sakap maen ujan, ndak da gak aq tersentuh tue air ujan... mau sakap mandi lewat mlm, seingat aq, ndak da gak aq masuk tnds tuk mandi tyme langit galap gulita suda.... emmmm, rasanya nie kena transfer dri member lah nie... adeiiiiiiiiiii..... ndak palah, dah gak tdi denda dia... ahahahaha... emmmm, skang jam menunjukkan 5 ptg.... 2 drama korea dah khatam... byk lagi tgh tunggu gliran utk d tgk... ndak pa, pas jak sembuh nie panyakit, akan ku dating ngan encik laptop tiap msa.... pa lagi yaaaa, oh ya, emmmm, ndak da papa lah mr. blog.... doakan beta sappat2 sembuh tau mr.blog..... jadi leh lah kita dating tiap msa... lau tyme2 sakit nie, agak berputar2 pala hotak hamba wahai mr. blog, jdi merepek jak byk... cian mr. blog plak kan.... bha, saya chau dlu tau mr.blog... miz me k.... chauuuu cin cauuuuuuuu............. adiozzzzzzzzzz

Thursday, November 11, 2010

20 perkara yg pmpuan ndak sukak :D

1. MENINGGIKAN SUARA
 >> Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
2. MAIN KAYU TIGA
 >> Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
3. SUKA ‘CUCI MATA’
 >> Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
4. MENGONGKONG
 >> Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?
5. EGO
>> Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
6. MENIPU
>> Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
7. PERASAN
>> Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
>> Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
>> Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
10. CEMBURU BUTA
>> Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
11. MATA DUITAN
>> Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
>> Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
13. PANAS BARAN
>> Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
14. KAKI MEROKOK
>> Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
15. PENGOTOR
>> Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
16. GELOJOH
>> Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
>> Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
>> Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
>> Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO
>>Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

kurang kefahaman~

aishhhhhhhhh~ nie lah msalah org skang nie, d sakap jan kcu d kcu, d sakap jan ganggu d ganggu, t d sakap benda yg ndak baek, d blang ndak da budi bhsa... bukan apa bha, tiap org ada tahap kesabaran, lau org dah muak ngan sikap kita tue, jan lah d tmbah kerimasan org tue k.... ada sebab napa diri ini ndak selesa ngan kehadiran dirimu wahai insan kurang kefahaman... bukan ndak pena d jelaskn, tpi suda berjuta2 kali suda d kasi fham, tpi wat2 ndak faham n ndak mau ambik kesah kunun..... heiy, pas tue slalu guna alasan parents yg suruh... dei, pikir nie zaman dulu2 ka, ndak kan lah dirimu skema sgt smpaikn tiap msa ikut saranan parents walhal diri ini benar2 bacat suda ngan dirimu... lagi satu, parents diri ini pun dah g tau kan hormati keputusan diri ini tpi ndak gak pndai paham... kin PANASSSSSSSSSS....... ndak pa, t lau jmpa depan2, diri ini kasi pham, smpaikn diri mu akan mengambil keputusan untuk seolah2 ndak pena mengenali diri ini..... bru tau !!!!!!!!!!!!!!!! GET LOST FROM MY LIFE !!!!!!!!!!!!!!! mind your own business !!!!!!!!!!!!!

Wednesday, November 10, 2010

_miSsinG hIm_ :(

kehadiranku merupakan satu kebahagiaan n rahmat wat papa n mama.... d saat mama bertarung nyawa melhirkan ku, papa x henti2 berdoa agar kedua2 permata atinya selamat... meskipun kelahiranku diiringi dengan tangisanku, namun papa n mama tersenyum riang melihat aq.... sejak ari itu bermulalah episod idup diriku bersama papa n mama ku yang tercinta.... sejak kecil lagi, aq tlah d ajar agar menghargai n bersyukur dengan apa yg aq miliki... masih terngiang-ngiang pesan papa kpadaku, " bersyukur dengan apa yg kita ada sekarang, kerana kita akan rugi kerana ketamakkan dir kita sendri pabila kita kehilangannya"... begitulah papa yg sering memberikan aq nasihat... meskipun mama sering kali berikan aq nasihat, tpi aq rasakan diri ini lbh rapat dengan papa, mungkin kerana papa lbh memahamiku lbh sedikit dri mama... namun, itu tidak wat aq membezakan kasih syg mereka kepdaku, bgi aq kedua2 papa n mama ku adalah raja n permaisuri d ati nie utk selamanya.... setelah 4 thun aq bermanja ngan papa n mama tnpa adeq beradeq yg laen, keluarga kami d meriahkan ngan kehadiran adeq kesayangan ku, syafiq... pda awalnya, aq rasa tidak gmbira ngan kehadirannya, bab kwan2 aq ckp lau ada adeq, papa n mama ndak syg aq lagi cm dlu... tpi pas aq g tau papa, papa trus memujukku, " nie anak papa n mama gak... sama cam nurul... nurul mesti janji ngan papa n mama jga adeq sma cm nurul jga dri sndri, kasih syg papa n mama x kan pena berubah mahupun berkurang dengan adanya adeq nurul nie malah semakin bertambah..".. berbekalkan semangat yg papa beri, aq menyayangi adeqku sepenuh atie.. kmi membesar bersama n byk kenangan kmi bersama... meskipun adeq ku lelaki, tapi itu tidak menghalang kami utk rapat... aq bhgia meskipun aq cuma memiliki sebuah keluarga kecil.. berbeza ngan kwan2 ku yang memiliki ramai adeq beradeq bahkan ada yg mencecah 20 org... hubungan kmi sekeluarga amat rapat, seolah2 tiada rahsia antra kami... papa sering menjadi tmpat aq mengadu jika aq bergaduh ngan adeqku, mama pula menjadi tmpt untuk adeqku mengadu... sesungguhnya, aq sgt3 rndu saat2 kami bersama dahulu.... :( kini, papa telah pergi wat selamanya meninggalkn kami... meskipun amat pahit utk aq telan tpi inilah reailiti yg harus aq trima... bukan mudah utk mita menerima pemergian org yg sgt rapat ngan kita bahkan telah menjadi sebahagian drpda diri ini... kehilangan papa amat aq rasai... tiap mlm aq menangis merintih pada yg maha ESA nerdoa agar arwah papa tenang d sna.. papa, ica janji ica jga mama n adeq baek2, sma cam papa jga kmi suma dlu... pintaku, tetaplah bersama ku tiap msa papa... aq rndukan nasihat n belaian papa.... ;( akan ku jadikan suma nasihat n kata2 papa dlu sebagai semngat utk ku menghadapi idup ini.... setelah pemergian papa, brulah aq sedar apa itu erti kehidupan sebenar... kehidupan bukanlah sekadar kita menjalani idup kita dengan belajar, kerja n cri duit... byk yg perlu kita ambil kira dlm menjalani proses kehidupan kita, cntohnya, menghargai org yg kita syg selagi mereka masi berada d sisi kita... jangan terlalu sibuk memikirkan hal2 sekolah mahupun kerja, luangkn lah sedikit msa utk bersama org yg kita syg terutamnya keluarga kita... papa, kami sangat rndukan gelak tawa papa... lawak jenaka yg sering papa timbulkan utk menceriakan keluarga kita amatlh kami rndui slalu... papa, tenang lah papa d sna... hnya doa yg mampu kami berikan agar papa bhgia d sna... i luv u paaaaaaaaa..... i miz u so much paaaaa...... mmmuuuaaahhhh............

_pesan nabi sebelum tido_

Sekadar ingat mengingati.. ...

SEBELUM Tidur

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur

sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meridloi kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara

seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas

tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaan irrohiim,

Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam

yakul

lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua

akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa

Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum

wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka

seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi

walaailaaha

illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang

lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orag yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.......

Monday, November 8, 2010

berobok @ BUBUR NASI JAGUNG bugis....

RaMuAn :
- 2 pot Beras 
- 1 ketul Dada Ayam 
- 2 bungkus Filament ketam(isi ketam) 
- 1/2 kg Udang -saiz kecil jer 
- 2 ikat Sayur cangkuk manis 
- 2 biji lobak-di potong kecil 
- 10 ulas Bawang Merah 
- 10 ulas bawang Putih 
- garam,ajinamoto,kiub pati ayam 
- 3 gelas air 
- Daun sup,bawang goreng 
- 2 tin jagung dlm tin (creamy)

aRAhaN :
1)Masak beras ,macm masak bubur tu... mesti byk air tau... 

2)Dalam pada masa itu,rebus ayam yang sudah di potong dadu ......

3)Masukkan lobak dan udang yang tlah di kupas...... 

4)Sesudah itu masuk kan bubur nasi tadi dan kacau .....

5)lepas tu masukkn bawang 2 yang sudah di kisar halus .....

6)Masukkan garam,ajinamoto dan kiub pati ayam 2 ketul ....

7)Terakhir skali masukkan sayur, kacau dan biarkan ia mendidih sehingga pekat....dan siap untuk di makan... :D

BaRongKo @ pEnGaNan.......

Catat SapAttttttttttttt......................

Pengenalan :Ini kuek kebesaran orang Bugis, hehehe... Soalnya selain rasanya yang enak, penganan ini selalu ada di acara-acara adat atau untuk menyambut tamu.
Hmm... lebih segar lagi jika baru saja keluar dari esbok. Manis pisangnya dan rasanya yang dingin  meresap di lidah :)


BaHan-bAhAn :Pisang sdh masak dan ranum, satu sisir.
Gula, enam sendok makan.
Telur, 5 biji.
Santan, 1 gelas.
sedikit garam
Tambahan: daun pisang dan lidi untuk penyemat.


cArA-Cara :1. Ambik isi pisang dan buang tengahnya (yg ada hitam2nya). Campur semua bahan dan blender. dan dimasak ke ats API YANG KECIK hingga setengah masak...(ini tambahan dari saya..perlu sebab adunannya cair selepas blender..)
2. Ambil daun pisang, bentuk cam wat bungkus (lihat bentuknya di gambar). Isi dengan adunan pisang di atas.
3. Tutup atasnya dengan menyematkan lidi.
4. Kukus sekitar 15-20 minit.
5. Dinginkan, masukkan ke dalam esbok, pas2 nikmatilah hasil tgn anda :)
Nie plak BURASAK n cara2 penyediaannya.... harap2 nie ndak menyesatkn anda ok n semoga burasak yang dihasilkan berkualiti.. hehehe~

  • 1 kg beras wangi, masak seperti nasi lemak kosong, dgn santan, sedikit garam, dan air. Nasi keras sedikit pun tak pe.
  • Daun pisang muda potong sebesar A4 beberapa keping utk bungkus nasi.
  • Daun pisang tua panjang lebih kurang 3 jengkal. Berapa keping tgk berapa set nasi dpt buat.
  • Tali rafia dan gunting

Cara-cara

  1. 24-10-08_2148
     Setelah nasi sejuk (panas pon ok kalau tangan kebal hehehe...), senduk sedikit letak atas daun pisang muda.
  2. 24-10-08_2149
     Lipat nasi macam lipat kuih lepat pisang, urut2 atas bungkusan kasi nasi leper dan padat. Jgn nipis sgt atau tebal sgt.... yang sedang2 saja...
  3. 24-10-08_2154
     Ambik 5-6 biji burasak, bungkus dgn daun pisang tua macam bungkus hadiah (gulung ikut bentuk burasak yg bertingkat tu dan lipat kiri kanan, baru ikat dgn tali rafia. pastikan ikat ngan baik n jan terlalu ketat..
  4. 24-10-08_2321
     Rebus 3-4 jam kalau guna periuk, tpi lau guna tin besar n masak atas kayu api, lebih kurang 8-10 jam... time rebus tue, bila airnya kurang tambahkan jan biar dia kering sebelum masak... Angkat dan tos macam ketupat. Buka tali dan buangkan daun pisang tua, hidangkan sebiji2 atau potong dua. 
  5. Kalau beraya ke rumah org bugis yg betul2 asli , dorang akan hidangkan asam pedas ikan parang yg dimasak sehingga tulang2 dia dah lembut macam tulang ikan sardin. Saya prefer ikan merah asam pedas, tapi burasak sedap juga makan dgn rendang ke.. ayam masak merah ke... cubalah.. mungkin rasa nya pelik sikit bagi org yg pertama rasa burasak.....

SeLaMaT MeNcoBaK......

CoOkInG TiMe............ :D

Diwujudkan atas permintaan seorang sahabat di dlam kelas yang bernama Judin.... trimala............. hehehe


Ayam Masak Cendawan Ala Cina
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam
1 inci halia - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
6 ulas bawang putih - dicincang
4 ~ 5 tangkai cili padi
Sedikit kicap lemak manis
Sedikit sos tiram

Cara memasak: 
  1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil2.  Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang).
  2. Panaskan minyak dan tumis halia.  Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang.  Kalau tak buang pun tak apa.
  3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap.
  4. Masukkan kicap dan sos tiram.  Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin.  Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit.  Kacau. 
  5. Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa).
  6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan.  Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).

Sunday, November 7, 2010

WAtcH tHis OuT gUyS....... :D


Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia 
akan menjadi lemah!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh 
pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu 
dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, 
kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah 
kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa 
ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.....